Tuesday, April 12, 2011

LANGKAH PEMULIHAN

1)    Agensi Kerajaan
Ø  Meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan dadah dan pengedarannya di Malaysia
Ø  Melaksanakan satu konsep baru dalam pemulihan penagih dadah yang dinamakan ‘Pusat Serenti’. Mengikut konsep ini, kakitangan daripada beberapa agensi yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan penagih dadah akan dipusatkan di satu tempat. Agensi-agensi berkenaan termasuklah Kementerian Kebajikan Am, Kementerian Kesihatan, tentera, polis, PEMADAM, Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Ø  Meminda peruntukan undang-undang dalam Akta Dadah Merbahaya 1952 bagi mengetatkan lagi undang-undang tersebut. Peruntukan undang-undang ini akan memberi kuasa yang lebih kepada pihak penguatkuasa
Ø  Menubuhkan satu Pasukan Petugas Anti Dadah di Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras semua kegiatan memerangi dadah di negara kita. Pasukan Petugas ini akan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang dipinjamkan dari berbagai Kementerian dan Jabatan yang terlibat dalam gerakan anti dadah. Cawangan-cawangan Pasukan Petugas ini akan juga ditubuhkan di semua negeri. 

2)    Agensi Swasta
Ø  Melaksanakan pelbagai program dan strategi ke arah pemulihan dadah.
Ø  Meningkatkan lagi institusi pemulihan dadah di setiap negeri.
Ø  Menempatkan bekas-bekas pengguna dadah dalam pekerjaan/ latihan.
Ø  Penglibatan pengguna dadah dalam aktiviti kemasyarakatan.
Ø  Strategi pemulihan menggunakan pendekatan memutuskan pergantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula. Di antaranya adalah dengan menggalakkan penubuhan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah.

3)    Orang Ramai
Ø  Membantu pengguna dadah dengan memberikan khidmat Pembimbing Rakan Sebaya.
Ø  Memberikan kesedaran kepada penagih dan mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
Ø  Merawat dan memulihkan pengguna dadah supaya bebas dari pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah.
Ø  Membawa perubahan nilai, sikap, tingkahlaku dan menstrukturkan semula personaliti pengguna dadah sesuai dengan tuntutan agama dan norma masyarakat.
Ø  Membantu pengguna dadah membina dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Ø  Mengintegrasi semula pengguna dadah ke dalam masyarakat sebagai anggota yang berguna dan produktif.

4)    Diri sendiri
Ø  Mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama nilai murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur.
Ø  Bekalkan didikan agama yang sempurna kepada diri demi memandu kita ke arah kebaikan.
Ø  Harus mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri sendiri untuk berubah.


JENIS-JENIS DADAH

heroin
Definasi  
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain 
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul.

MORFIN


Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas



CANDU

Definasi

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul



GANJA

Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

SYABU

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan




Ecstacy/MDMA

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur





Ketamin

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah









Friday, March 18, 2011

Tanda-tanda seseorang itu terlibat dengan dadah...

Penagih dadah boleh :
·      Ponteng sekolah
·      Disiplin menurun
·      Tercicir dari persekolahan
·      Mengasingkan diri dari murid lain
·      Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb)
·      Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
·      Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
·      Hilang selera makan
·      Berat badan menurun

Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
·      Mata merah
·      Bekas suntikan di lengan
·      Suka berhutang
·      Mencuri barang yang mudah dijual

Sunday, February 13, 2011

Apakah itu DADAH?

       Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk menyiasat, merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.